Category Archives: Isu semasa

KENYATAN RASMI MENGECAM UTUSAN MALAYSIA KERANA MENYIARKAN KARTUN BERUNSUR MENGHINA SYARIAT ISLAM

Assalamualaikum wbt.

Pemikir hari ini mengecam tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang diangap menghina syariat dan pelaksanaan hukum Allah. Lakaran kartun tersebut jelas memperlekehkan sistem keadilan Islam dan mempermainkan syariat agama.

Lakaran tersebut antara lain menunjukkan watak seorang wanita yang dirogol cuba membuktikan dengan mengunakan rakaman telefon bimbit, namun ditolak oleh penghulu kerana tidak membawa empat saksi. Walau bagaimanapun, apabila wanita tersebut mengemukakan bukti yang sama kepada pihak polis, bukti tersebut diterima.

Jelas sekali lakaran ini cukup tidak beretika dan menunjukkan ketidaksensitifan kepada umat Islam. Seharusnya kita menyakini bahawa Islam merupakan agama yang syumul merangkumi keadilan sosial dan hak-hak wanita. Continue reading

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KERABAT DIRAJA TERENGGANU ATAS KEMANGKATAN ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH

Semalam ( 21 Mac 2011), rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah ibni Al- Marhum Sultan Hisamuddin Alam Syah, Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah yang juga pernah dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 1979 telah pun selamat dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang,

Seluruh rakyat berkongsi kesedihan bersama pihak kerabat diatas kemangkatan armahurmah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Continue reading

Doktor Pelatih lulusan institusi luar negara tidak berkualiti?

‘beberapa pegawai perubatan ditemubual, tetapi enggan nama disiarkan berkata, kebanyakan doktor pelatih terbabit (yang mempunyai masalah apabila menjalankan Housemanship (HO) di malaysia selepas tamat pengajian) lulusan institusi perubatan luar negara, terutama Russia”

BARU-BARU INI sebuah akhbar harian Di Tanah Air kita membawa isu tentang isu doktor pelatih bermasalah lulusan luar negara. Tuduhan tersebut menyatakan bahawa pelajar-pelajar perubatan dari luar negara apabila kembali ke Malaysia, tidak mempunyai kualiti dan lebih bahaya dituduh bahawa mereka boleh menyebabkan kematina yang banyak dan membahayakan banyak nyawa? Continue reading