Selamat berjuang Mus’ab!



PEMIKIR mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada Muhammad Mus’ab Muzahar yang telah terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan Ke Gaza. Lebih membanggakan , pemilihan merupakan satu perhargaan kepada generasi belia dan golongan mahasiswa di Malaysia. Hal ini demikian kerana , Muhammad Mus’ab Muzahar merupakan satu-satunya mahasiswa yang terpilih menyertai konvoi tersebut daripada 12 orang aktivis.

Konvoi tersebut merupakan satu inisiatif Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan NGO yang sentiasa lantang dan istiqamah dalam perjuangan membela saudara-saudara kita di Palestin. Konvoi Aqsa To Gaza2 akan bermula pada 20 Ramadhan dan berakhir pada 28 Ramadhan. Semoga Allah membalas semua pihak yang terlibat dengan usaha ini dengan setinggi-tinggi ganjaran, Inysa Allah.

Pemikir merasa berbangga terpilihnya Naib Presiden Pemikir kita, Akhi Muhammad Mus’ab Muzahar menyertai rombongan tersebut. Perkara ini merupakan kejayaan yang luar biasa kepada sahabat kita khususnya dan seluruh persaudaraan Pemikir amnya. Semoga dengan semangat dan iltizam akhi Muhammad Mus’ab Muzahar akan membangkitkan semangat kita semua dalam usaha membela nasib saudara-saudara dan membebaskan tanah suci ummah, Palestin, Inysa Allah.

Umat Islam mempunyai tiga tempat suci iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjdil Aqsa. Allah telah berjanji bahawa Dia akan memelihara Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi manakala urusan Masjidil Aqsa dipertanggungjawabkan kepada kita, umat Islam. Persoalannya, tidak malulah kita apabila kita mengadap Sang Pencipta, maka ditanya, apa yang kita lakukan bagi membantu saudara-saudara kita yang menderita akibat kezaliman Zionis LAKNATULLAH.

Ayuh ikhwah dan akhwat Pemikir, sama-sama kita bangkitkan semangat untuk bebaskan bumi anbia, Palestin. Jadikan penyertaan sahabat kita, Akhi Muhammad Mus,ab Muzahar sebagai pencetus ledakan semangat kepada kita semua untuk bersama-sama dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Jadikan kata-kata saudara Mus sebagai azimat kita semua, “andai kata hilangnya saya seorang, akan bangkit lagi sejuta pemuda seperti saya”.

selamat berjuang!

“CITA KAMI HIDUP MULIA ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA”

ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI PALESTIN ,
ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI PALESTIN,
ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI SEGENAP DUNIA, SEPANJANG ZAMAN

SALAM KASIH DAN SAYANG

MAT AZIZUR BIN RAZIZ
PENASIHAT KEHORMAT
PEMIKIR

MEWAKILI SELURUH PERSAUDARAAN PEMIKIR

One response to “Selamat berjuang Mus’ab!

  1. Engku Daniel Amirul Asyraf @ Syed Umar Idrus

    Assalamualaikum, saya merupakan salah seorang peserta Kem KBM peringkat SM Teknik Dungun pd 5, 6 & 7 Januari yang lalu… Saya amat berbangga dengan abg Mus’ad… seperti yang kami (warga Teknik Dungun form 5 2012) tahu, abg Mus’ad juga salah seorang ex-student SM Teknik Dungun….. semangat abg Mus’ad yang ditunjukkan wajar diwarisi oleh para belia Malaysia yang masih sayangkan Palestin… harap setiap hamba Allah yang membaca post ini mendoakan saya dapat bersama Para Fisabilillah di Palestin… Sesungguhnya Allah itu tidak memerlukan kita untuk menjaga agamnya yang mulia ini, akan tetapi, Allah mahu memberi peluang kepada hambanya untuk berjuang dan seterusnya syahid dalam keadaan yang mulia dipandang oleh semua makhluk yang mempercayai Allah itu ada…. sekian, Assalam…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s