Perutusan Presiden PEMIKIR sempena Nisfu Ramadhan Al-Mubarak 1432H


Assalamualaikum w.b.t.,

Selamat menyambut Ramadhan buat semua sahabat ikhwah dan akhawat. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, Tuhan masih memberi kita peluang untuk beramal dengan lebih banyak pada bulan yang penuh barakah ini.

Sahabat-sahabat PEMIKIR  sekalian,

Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dengan sepenuh hati kerana berkesempatan  menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1423H buat semua ahli PEMIKIR bermula dari Jawatankuasa Induk sehinggalah ke semua ahli yang ada.

Pada bulan ini juga, marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kita kerana Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran lumayan yang berlipat kali ganda buat seluruh makhluk yang menunaikan perintahNya secara sempurna.

Sahabat-sahabat sekalian, sebagai Presiden PEMIKIR sesi kini,saya ingin mengajak kalian untuk ikhlaskan diri dalam melakukan setiap amalan kerana keikhlasan menjaminkan kejayaan.Buat ahli PEMIKIR yang telah bersama-sama saya sejak ia ditubuhkan, marilah kita sama-sama membantu adik-adik yang masih memerlukan bantuan kita dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan, selamat maju jaya abang ucapkan. semoga adik-adik sekalian memperoleh keputusan yang membanggakan kelak. kejayaaan kalian adalah kegembiraan kami. Hal ini membuktikan ahli-ahli PEMIKIR merupakan terdiri daripada generasi-generasi yang bijaksana sama ada dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sebagainya.

Kini,kita berada di pertengahan Ramadhan,bersiap sedialah kita untuk menghadapi malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir nanti. Semoga kalian merupakan insan yang bertuah dalam memperoleh malam tersebut kerana ibadat yang dilakukan pada malam itu menyamai ganjaran ibadat yg dilakukan selama 1000 bulan. Ayuh kita tingkatkan keiman dan ketaqwaan..

Akhir kata, Ramadhan Kareem, Selamat Menunaikan Ibadat Puasa.semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.amin…

sekian,
SALAM SAYANG RAMADHAN ,

Abdul Rahim Daub
Presiden PEMIKIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s