KBM SMK SG TONG


Tarikh :14 Julai Hingga 16 julai 2011.
Bertempat :SMK SUNGAI TONG,SETIU TERENGGANU
Peserta : 130 orang pelajar yang terpilih

Assalamualaikum wbkt..
Alhamdulillah,pada 14 julai lepas,PEMIKIR sekali lagi dijemput oleh pihak sekolah dibawah panitia Pendidikan Islam untuk mengendalikan sebuah program untuk sebilangan pelajar mereka..


Modul yang dilaksanakan adalah Keindahan Bersama Mu (KBM).

Kem ini disertai seramai 130 pelajar SMK SUNGAI TONG yang terdiri dari tingkatan 3,4,dan 5. Program ini lancarkan dengan bantuan 28 fasilitator termasuk 2 pengendali KEM iaitu Ustaz Muzahar (Penasihat Strategik PEMIKIR) dan Saudara Muhammad Mus’ab Bin Muzahar (Naib Presiden Pemikir)

Sepertimana program KBM yang terdahulu, objektif yang ingin disampaikan kedalam jiwa setiap peserta adalah kecintaan pada islam sehingga masing-masing merasai indahnya hubungan mereka dengan Allah, hubungan dengan baginda S.A.W, hubungan dengan ibu-bapa, serta hubungan dengan sahabat-sahabat.


Program Keindahan BersamaMu kali ini memuatkan modul-modul yang kebiasaannya dipersembahkan pada setiap siri KBM, iaitu :-
* Knowing Me Knowing You
* Army-Yell
* IN-TEAM
* Meniti Angin Malam (1 dan 2)
* Lafaz Yang Tersimpan

Pada pengakhiran program, para ibu-bapa juga dijemput untuk sama-sama merasai slot Lafaz Yang Tersimpan. Secara umumnya, kehadiran ibu-bapa ke program ini adalah kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan lagi di masa akan datang.

Secara umumnya,KBM di SMK Sungai Tong mendapat reaksi yang memuaskan dari peserta dan guru.

Majlis perasmian penutup dijalankan pada jam 12.00 tengahari,dan perasmian dibuat oleh Pengetua SMK SUNGAI TONG , Tuan Haji Mustafa Bin Abdul Razak.

Sekalung perhargaan dirakamkan kepada pihak SMK Sungai Tong atas kesudian menerima krew-krew KBM untuk melaksanakan tugasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s