KENYATAN RASMI MENGECAM UTUSAN MALAYSIA KERANA MENYIARKAN KARTUN BERUNSUR MENGHINA SYARIAT ISLAM


Assalamualaikum wbt.

Pemikir hari ini mengecam tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang diangap menghina syariat dan pelaksanaan hukum Allah. Lakaran kartun tersebut jelas memperlekehkan sistem keadilan Islam dan mempermainkan syariat agama.

Lakaran tersebut antara lain menunjukkan watak seorang wanita yang dirogol cuba membuktikan dengan mengunakan rakaman telefon bimbit, namun ditolak oleh penghulu kerana tidak membawa empat saksi. Walau bagaimanapun, apabila wanita tersebut mengemukakan bukti yang sama kepada pihak polis, bukti tersebut diterima.

Jelas sekali lakaran ini cukup tidak beretika dan menunjukkan ketidaksensitifan kepada umat Islam. Seharusnya kita menyakini bahawa Islam merupakan agama yang syumul merangkumi keadilan sosial dan hak-hak wanita.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud
“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Walau bagaimanapun, sekiranya si mangsa tidak dapat membawa saksi, video atau sebarang alat bukti lain yang dipanggil qiranah boleh dikemukan. Namun begitu, emnjadi tangunggjawab pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes tersebut secara tertutup dan tanpa hebahan umum demi menjaga maruah si mangsa dan insan lain yang terlibat.

Pemikir berpendapat bahawa pelukis kartun tersebut seharusnya terlebih dahulu merujuk pihak agamawan sebelum melakukan sesuatu yang dilihat secara jelas menghina syariat Islam.. Pemikir dalam hal ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diangap tidak bertamadun dan melanggar tatasusila Malaysia serta mehiris perasaan umat Islam di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Pemikir mendesak Utusan Malaysia mengemukakan maaf secara terbuak serta menarik kembali penyiaran kartun tersebut. Pemikir menyokong penuh kenyataan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir yang meminta para Mutfi menegur Utusan kerana menyiarkan kartun yang dianggap menghina hukum-hakam agama. Selain itu, beliau mengesa supaya Majlis Fatwa supaya membuat pendirian tentang perkara ini. Sekian.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Mat Azizur Raziz - Penasihat Kehormat PEMIKIR

MAT AZIZUR RAZIZ
PENASIHAT KEHORMAT 
PERTUBUHAN ALUMNI PIMPINAN KANAN PELAJAR
MENENGAH NEGERI TERENGGANU. (PEMIKIR)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s