Oh Murabbi..


Assalamualaikum w.bt.

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei , kita akan menyambut satu hari yang sangat bermakna kepada insan yang banyak berbakti iaitu “guru”. Mungkin ada yang tidak mengetahui rasional disebalik pemilihan tarikh tersebut sebagai sambutan Hari Guru di Malaysia. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan yang memuji dan melambangkan besarnya pergorbanan guru kepada kita semua. Sememangnya guru merupakan golongan manusia yang banyak berjasa dalam mendidik kita semua sehinggalah mencapai impian kita.

Saya mengambil ungkapan atau cebisan lirik lagi yang bertajuk Terima kasih Guru, untuk dikongsi bersama-sama para sahabat, ” gruku tersayang, guru tercinta, tanpamu apa jadi nya aku..tak bisa baca tulis,mengerti banyak hal, guruku, terima kasihku,”..begitulah peranan guru kita, merekalah yang mengajar kita hingga mengenal abc, mengira 123, membaca alif ba ta, .

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Bagi pihak seluruh warga Pemikir, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru, semoga jasa dan budi kalian akan dibalas dengan sebaik-baiknya pembalasan. Kami doakan agar cikgu, teachers, ustaz, ustazah, mualim, mualimah, agar terus cekal dalam mengharungi segala rintangan demi terus mendidik anak-anak murid kalian.

Kepada sahabat-sahabat, ambillah masa, menelefon guru yang masih ada, atau sekadar menghantar pesanan SMS tanda mereka masih segar dalam ingatan kita. Beritaulah kepada mereka bahawa kita cukup menghormati mereka, kita sangat berterima kasih kepada mereka, kita sangat menyayangi mereka. Mungkin kiranya ada dahulu kita pernah tersilap kata, tersalah bicara, terkhilaf laku, ayuh sama-sama kita merendahkan diri memohon kemaafan dari mereka. Marilah kita meyemai kasih dan sayang bersama guru-guru kita, Insya Allah.

Sekali lagi Selamat Hari Guru, ” Guru Penjana Tranformasi Pendidkan Negara”.
Terima Kasih Cikgu, Kami sayang cikgu.

Salam Kasih & Sayang

Mat Azizur Bin Raziz
Penasihat Kehormat Pemikir

mewakili

Saf Pimpinan & Keluarga Pemikir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s