Kem kepimpinan Pengawas SMK Pelong


Kem kepimpinan Pengawas SMK Pelong
Tarikh : 21 April hingga 23 April 2011
Bertempat : SMK Pelong,Setiu Terengganu
Peserta : Pengawas SMK Pelong

Assalamualaikum wbkth..

Alhamdulillah,pada 21 april hingga 23 April 2011,PEMIKIR sekali lagi berjaya menembusi sebuah sekolah di Setiu iaitu SMK Pelong yang merupakan sebuah sekolah berasrama Penuh disini.

Kem ini dijalankan setelah PEMIKIR secara rasmi telah mendapat jemputan oleh pihak sekolah bagi mengendalikan program ini.

Kem ini melibatkan kira kira 50 orang pengawas SMK Pelong dan dikendalikan oleh IKRAM yang dibantu oleh PEMIKIR .


Seramai 12 orang ahli PEMIKIR dan IKRAM telah terlibat secara langsung sebagai Pengendali, Fasilitator dan Urusetia sepanjang program berlangsung.Turut sama dalam menjayakan program ini ialah Ustaz Muzahar (Penasihat Kehormat Strategi PEMIKIR),Saudara Mohd Sufian Bin Mat Ali dari IKRAM dan Saudara Mat Azizur (Penasihat Kehormat Pentadbiran PEMIKIR) yang bersama-sama ‘turun padang’ meluangkan masa bersama pengawas pengawas SMK Pelong.


Penglibatan para peserta yang memberangsangkan serta semangat kepimpinan mereka yang Luar Biasa menyebabkan program kali ini berjalan dengan lebih lancar dan tersusun.

Antara slot yang dijalankan adalah
* Knowing Me Knowing You
* Army-Yell
* IN-TEAM
* Meniti Angin Malam (1 dan 2)
* Lafaz Yang Tersimpan

Tidak dinafikan program KBM di SMK Pelong ini mendapat sambutan yang memuaskan daripada pihak sekolah, khususnya para peserta dan para guru. Pada pengakhiran program, para guru juga dijemput untuk sama-sama merasai slot Lafaz Yang Tersimpan bersama guru.

Sekalung perhargaan dirakamkan kepada pihak SMK Pelong atas kesudian menerima PEMIKIR untuk melaksanakan tugasan. Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada pada fasilitator dan urusetia yang telah berjaya menjalankan program dengan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s