UCAPAN TAKZIAH KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KERABAT DIRAJA TERENGGANU ATAS KEMANGKATAN ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH


Semalam ( 21 Mac 2011), rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah ibni Al- Marhum Sultan Hisamuddin Alam Syah, Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah yang juga pernah dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 1979 telah pun selamat dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang,

Seluruh rakyat berkongsi kesedihan bersama pihak kerabat diatas kemangkatan armahurmah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali.

Secara ringkas disini, ditintakan sedikit biodata baginda. Baginda merupakan Tengku Ampuan Besar Terengganu antara 1979-1998. Almarhumah diputerikan pada tanggal 31 Ogos 1933, di Istana Besar Klang dengan memakai gelaran Tengku Bariah bt. Sultan Hisamuddin Shah. Almarhumah berkahwin dengan Sultan Mahmud pada 22 Mac 1952 dengan gelaran Tengku Puan Muda. Pada 20 September 1979 , almarhumah dimahkotakan sebagai Tengku Ampuan Besar. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah dan adik- beradik seibu dan sebapa dengan DYTM Raja Puan Muda Kedah Tunku Sharifah Raudhah.

Patik dan seluruh rakyat sangat bersedih atas kapisti baginda sebagai Tengku Ampuan Besar satu ketika dahulu. Almarhumah merupakan seorang yang mempunyai sifaf terpuji dan low profile walaupun kerabat diraja. Almarhumah juga merupakan seorang tengku ampuan yang berijwa rakyat. Pemergian Almarhumah merupakan satu kehilangan yang cukup besar kepada kita semua.

Pertubuhan Alumni Pimpinan Pelajar Negeri Terengganu (PEMIKIR) ingin merafakkan ucapan sembah takziah patik sekalian kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin dan seluruh kerabat diraja Terengganu atas pemergian insan tersayang dan dikasihi rakyat jelata. Semoga roh almarhumah ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Amin.

SALAM KASIH &SAYANG

MAT AZIZUR RAZIZ
PENASIHAT KEHORMAT
PERTUBUHAN ALUMNI PIMPINAN KANAN PELAJAR
MENENGAH NEGERI TERENGGANU. (PEMIKIR)

MEWAKILI SELURUH SAF KEPIMPINAN & KELUARGA PEMIKIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s