Kem Bangkit Bangsa SMK Badrul Alam Shah


Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T,

Pada 20 hingga 22 Februari baru-baru ini, Team PEMIKIR bersama IkramTeens telah dijemput untuk mengendalikan sebuah kem kepemimpinan anjuran dan tajaan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang dinamakan Kem Bangkit Bangsa SMK Badrul Alam Shah. Program yang bertempat di Marang Village Resort, Kelulut, Terengganu ini melibatkan 76 peserta yang terdiri daripada anggota Badan Pengawas SMKBAS, mereka dipimpin oleh Saudara Khairudin (Ketua Pengawas Lelaki) dan Saudari Aisyah(Ketua Pengawas Perempuan).

Seramai 7 orang ahli PEMIKIR telah terlibat secara langsung sebagai Pengendali, Fasilitator dan Urusetia sepanjang program berlangsung. Turutbersama ialah Tuan Haji Fakhrul (Penaung PEMIKIR), Ustaz Muzahar (Penasihat Kehormat Strategi PEMIKIR) dan Saudara Mat Azizur (Penasihat Kehormat Pentadbiran PEMIKIR) yang bersama-sama ‘turun padang’ meluangkan masa bersama pemimpin-pemimpin ‘luar biasa’ ini.

Penglibatan para peserta yang memberangsangkan serta semangat kepimpinan mereka yang Luar Biasa menyebabkan program kali ini berjalan dengan lebih lancar. hampir separuh daripada hal berkaitan pengurusan program telah dikendalikan sendiri oleh mereka.

Modul yang dibawa menitikberatkan soal tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Allah, anak kepada ibu bapa, pelajar kepada guru dan peranan seorang  pemimpin terhadap orang yang dipimpinnya.

Pembentangan mengenai PEMIKIR turut disampaikan oleh Saudara Penasihat, Mat Azizur Raziz dengan harapan agar golongan pemimpin ini terus menyumbang kepada masyarakat, agama dan negara di masa akan datang.

Majlis penutup diwarnai suasana penuh ceria apabila pada hari yang sama, SMK Badrul Alam Shah telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah yang mendapat keputusan STPM terbaik  seluruh Negeri Terengganu.

Perasmian penutup program 3 hari 2 malam ini telah dijayakan oleh Pengarah APMT, Tuan Haji Roshali bin Tahar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s