PEMIKIR terus aktif bersama KBM…


Pertubuhan IkramTeens dengan kerjasama beberapa ahli exco PEMIKIR termasuk penasihat PEMIKIR telah menjayakan satu lagi siri KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau pada 18 dan 19 Februari 2011. Program 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh ahl-ahli Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Seri Rasau, iaitu seramai 49 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Pelancaran program telah dibantu oleh barisan fasilitator, pengendali dan urusetia dalam kalangan exco PEMIKIR bersama-sama ahli pertubuhan IKRAM Malaysia.
Sepertimana program KBM yang terdahulu, objektif yang ingin ditapakkan kedalam jiwa individu peserta adalah kecintaan pada islam sehingga masing-masing merasai indahnya hubungan mereka dengan Allah, hubungan dengan baginda S.A.W, hubungan dengan ibu-bapa, serta hubungan dengan sahabat-sahabat. Para peserta berpeluang melihat serta merasai hakikat bahawa islam bukan sekadar agama yang layak dianuti semata-mata tetapi rahsia di sebaliknya mampu mengikat jiwa kita kepada tanggungjawab terhadap Pencipta kita.
Program Keindahan BersamaMu kali ini memuatkan modul-modul yang kebiasaannya dipersembahkan pada setiap siri KBM, iaitu :-
  • Knowing Me Knowing You
  • Army-Yell
  • IN-TEAM
  • Meniti Angin Malam (1 dan 2)
  • Lafaz Yang Tersimpan
Tidak dinafikan program KBM di SMK Seri Rasau ini mendapat sambutan yang memuaskan daripada pihak sekolah, khususnya para peserta dan para guru. Pada pengakhiran program, para ibu-bapa juga dijemput untuk sama-sama merasai slot Lafaz Yang Tersimpan. Secara umumnya, kehadiran ibu-bapa ke program ini adalah menggalakkan tetapi perlu peningkatan di masa akan datang.
Program KBM ini berakhir pada 19 Februari 2011 jam 2.30 petang. Program telah berjalan sepertimana yang dirancang, namun segala kelemahan dan kekurangan diharap tidak diketepikan dan dapat dibaik pulih. Sekalung perhargaan dirakamkan kepada pihak SMK Seri Rasau atas kesudian menerima krew-krew KBM untuk melaksanakan tugasan. Ucapan tahniah juga dihulurkan kepada pada fasilitator dan urusetia yang telah berjaya melaksanakan satu lagi kewajipan da’wah dalam hidup berjamaah. Semoga redha dan barakahNya menjadi tujuan utama kita semua.
disediakan oleh:
Saudari Afif Amirah binti Abu Fitri
Timbalan Exco Multimedia & Publisiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s