Antara Pengorbanan dan Perjuangan….


Salam sejahtera…

Patah tumbuh hilang berganti…bagai cendawan tumbuh selepas hujan…

Adakah kita faham apakah maksud kata-kata di atas…mengapa adanya pepatah tersebut…

secara normal bagi yang belajar bahasa Melayu secara formal di sekolah rendah dan menengah suatu ketika berusia 7 hingga 17 tahun…maksudnya ada pengganti bagi sesuatu perkara dan sesuatu yang muncul dengan satu jumlah dalam jangka masa tertentu…

Baik,

konteks yang akan diketengahkan adalah…apabila sesuatu yang lama hampir ‘expired’ ,semestinya ada penggantinya yang baharu akan wujud bagi meneruskan tahap kekalan…

PEMIKIR adalah generasi yang bakal menjadi pengganti pucuk pimpinan negara pada masa akan datang…generasi pimpinan kini sudah semakin ‘berusia’…. bagaimana PEMIKIR ini terhasil? di mana ia wujud? siapa yang terlibat? itu sudah sedia maklum bagi mereka yang bergelar ahli PEMIKIR….

Namun, sedarkah kita bahawa satu tanggungjawab yang cukup besar telah kita sanggup untuk memikulnya dan rela mangambil risiko untuk melakasanakan tanggungjawab tersebut??? Adakah kita masih dibuai mimpi indah tentang zaman kanak2 yang sentiasa inginkan keseronokan??? Masih berada pada tahap takuk yang lama???

wahai sahabat, setelah kita tekad di hati untuk memikul tanggungjawab sebesar ini, kita haruslah komited dalam melaksanakannya…semangat yang kuat haruslah dimiliki oleh kita semua…jangan sesekali kita cepat mengalah dek keadaan kerana kita yang mencipta suasana atau keadaan dan bukan kita dikawal oleh keadaan…

bak kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”…kita akan merasakan kesukaran pada peringkat permulaan tetapi apabila kita dah terbiasa dengan keadaan,sudah pastinya kita mampu menangani segala permasalahan atau dugaan yang melanda…

Sebagai renungan kita bersama…apabila kita berada di ‘medan perang’, jangan sesekali takut kepada ‘musuh ‘ yang berada di hadapan kerana ‘musuh’ tersebut merupakan satu titik yang membuatkan kita merancang strategi yang mantap untuk menghadapinya dalam masa yang singkat… ketika dalam perjalanan ke arah musuh, pelbagai dugaan pasti datang melanda, JANGAN sesekali kita berasa dugaan itu menjadi batu penghalang kepada kita semua untuk mengorak langkah…

pedomannya, apabila kita berada dalam PEMIKIR, jangan sesekali kita cepat mengalah kerana secebis masalah kecil melanda benak fikiran kita… jangan sesekali cepat putus asa kerana cubaan yang dilakukan GAGAL… sikap seumpama itu akan membuatkan kita tewas pada tangan musuh….

NAMUN!!! INGAAAATTT!!! Musuh yang sebenar adalah DIRI KITA SENDIRI!!!…sekiranya kita tidak berjaya mengawal diri,sudah pastinya kita akan GAGAL melaksanakan tanggungjawab yang dipikul…

sedarlah wahai teman…kita sekarang berada dalam medan perjuangan yang amat besar dan harus ditempuhi dengan bekalan yang secukupnya…

Dalam perjuangan,terlalu banyak perngorbanan yang harus dilakukan…tanpa pengorbanan maka tiadalah perjuangan…tanpa perjuangan maka tiadalah KEJAYAAN!!!

SALAM SAYANG DARIPADA,

Abdul Rahim bin Daub,

Timbalan Presiden PEMIKIR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s