Doktor Pelatih lulusan institusi luar negara tidak berkualiti?


‘beberapa pegawai perubatan ditemubual, tetapi enggan nama disiarkan berkata, kebanyakan doktor pelatih terbabit (yang mempunyai masalah apabila menjalankan Housemanship (HO) di malaysia selepas tamat pengajian) lulusan institusi perubatan luar negara, terutama Russia”

BARU-BARU INI sebuah akhbar harian Di Tanah Air kita membawa isu tentang isu doktor pelatih bermasalah lulusan luar negara. Tuduhan tersebut menyatakan bahawa pelajar-pelajar perubatan dari luar negara apabila kembali ke Malaysia, tidak mempunyai kualiti dan lebih bahaya dituduh bahawa mereka boleh menyebabkan kematina yang banyak dan membahayakan banyak nyawa?

Sejauh mana tuduhan itu, tidak pula disahihkan. Namun sehingga kini, kadar membuat silap dalam sejarah perubtan tanah air, peratusan sangat kecil. Selain itu,
turut dilempar tuduhan bahawa pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai kelulusan yang layak untuk menjadi seorang doktor.

Dalam hal ini, saya sedikit sedih dengan kedangkalan penulis tersebut. Sebagaimana yang kita ketahui, profesion kedoktoran ialah antara profesion yang cukup-cukup dijaga. Setiap negara mempunyai badan-badan khas yang berfungsi memantau pengamal-pengamal perubatan. Disamping itu juga, setiap bakal doktor juga dipastikan mempunyai tahap akademik yang cemrlang.

Sebagai contoh kerajaan Negeri Terengganu setiap tahun menghantar pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM dihantar ke luar negara (antara Rusia) bagi megikuti pengajian perubatan.

Dalam hal ini, pihak media seharusnya lebih peka dan membuat siasatan terperinci sebelum sesuatu laporan dibuat. Hail ini membolehkan imej pelajar-pelajar yang sedang menuntut di luaR negara dan pihak yang menaja.

Saya yakin Pemikir sebagai satu badan yang menjaga kebajikan bekas pimpinan pelajar juga tidak setuju sekiranya isu dibuat secara sembarangan.

Salam Kasih dan Sayang

Mat Azizur Raziz

Penasihat Kehormat PEMIKIR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s