PEMIKIR Menyeru Generasi Muda Tinggalkan Tabiat Menyambut Hari Valentine


Assalamualaikum.

Salam sejahtera kepada anda semua.

Tarikh 14 Feb dikatakan sinonim dengan pasangan yang sedang bahagia bercinta.Jika pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga,PEMIKIR Trg  mengucapkan selamat berbahagia.Semoga rumahtangga kalian kekal harmoni sehingga ke anak cucu.Malah,PEMIKIR Trg akan terus mendoakan kebahagiaan kalian dan bukan pada tarikh 14 Feb ini sahaja.Tetapi malangnya,PEMIKIR Trg menyaksikan kebahagiaan yang terpamer pada tarikh 14Feb tersebut ialah kebahagiaan yang terlarang.Kebahagiaan yang melanggar prinsip Islam,prinsip moral dan norma kehidupan.Sambutan Hari Valentine’s lebih membawa keburukan daripada kebaikan.PEMIKIR Trg ingin mengajak seluruh masyarakat kembali mengingati kempen Valentines Day pada tahun lepas.Adakah kalian sudah lupa bahawa kempen ‘No Panties Day’ ataupun ‘Hari Tidak Berbaju Dalam’ sudah dilancarkan pada sambutan Hari Valentine pada tahun lepas? Satu bukti yang penting menunjukkan bahawa sambutan ini adalah sambutan yang sangat tidak bermoral!

Pertubuhan Alumni Pemimin Kanan Pelajar Menengah Trg (PEMIKIR) selaku pertubuhan alumni pemimpin-pemimpin utama di sekolah menengah di Trg yang cakna soal kualiti kehidupan generasi muda menyeru agar seluruh pemuda Islam tidak terpengaruh dengan kempen-kempen yang dapat meruntuhkan akhlak ini.PEMIKIR Trg juga berpendapat bahawa masyarakat bukan muslim di luar sana juga turut bersetuju bahawa kempen Valentine’s Day ini tidak mendapat tempat dan bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dalam agama kalian.Mereka yang menyambut Hari Valentine ini tidak menggunakan akal yang waras,Malah lebih menuruti hawa nafsu yang sentiasa membuak dalam darah anak muda,khususnya golongan mahasiswa.

Generasi muda sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan sambutan ini malah,bersama-sama dengan kami untuk turun padang,menziarahi institusi-institusi pendidikan di setiap daerah untuk memberikan penerangan kepada masyarakat tentang keburukan menyambut Hari Valentine ini.PEMIKIR Trg berpendapat bahawa,Hari Valentine  ini telah mengiktiraf pasangan-pasangan yang tidak mempunyai ikatan yang sah supaya lebih mesra berpacaran.Budaya yang tidak sihat ini seolah-olah mendapat pengiktirafan masyarakat di Malaysia sedangkan dalam masa yang sama,kita melihat masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya masalah pembuangan bayi dan pemerkosaan terhadap wanita.

Adakah generasi muda pada hari ini tidak melihat bahawa Hari Valentine ini merupakan pemangkin kepada masalah sosial yang sangat kritikal tersebut? Satu pasangan keluar berdua-duaan menyambut Hari Valentine.Teman lelakinya mengajak si gadis keluar menikmati ‘candle light’ dinner dengan keretanya.Bunga ros merah,satu coklat Cadburry dan kad yang sangat cantik dihadiahkan kepada si gadis yang sungguh anggun pada malam itu.Si gadis tersenyum bahagia.Kasih-sayangnya pada lelaki semakin utuh.Pada fikirannya,dialah wanita yang paling bahagia.Adakah malam yang bahagia itu,akan berakhir dengan begitu sahaja? Kami sangat meyakini anda dapat meneka,apa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada si gadis tersebut.Mungkin bermula dengan ciuman manja dan akan berakhir dengan kehilangan makhota.Adakah perkara tersebut mustahil?Tepuk dada,Tanya selera.

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat berpendapat bahawa PEMIKIR Trg berfikiran tidak matang dan tidak terbuka.Kami ingin menjelaskan prinsip kami bahawa kami cakna kebajikan generasi muda yang akan mewarisi kepemimpinan Negara kelak.Khususnya pemuda-pemudi Islam.Kami meyakini dan memahami bahawa mencegah lebih baik daripada merawat.Menutup ruang lebih baik daripada mendapat peluang.Satu amaran yang sangat jelas telah diberikan oleh Pencipta Alam semesta ini.Allah swt telah berfirman.

“Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang sangat keji dan jahat” (Surah Al Isra’: 32)

 

Allah swt secara jelas menyebut “dan janganlah kamu MENGHAMPIRI”.Jika menghampiri pun sudah ditegah,apatah lagi kita melakukan zina tersebut.Kami berpendapat bahawa menyambut Hari Valentine adalah salah satu perbuatan menghampiri zina.Oleh hal yang demikian,perbuatan menyambut Hari Valentine adalah sesuatu yang sangat keji dan berdosa.

Untuk pengetahuan kalian,

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan

 

“Bahawa amalan merayakan Valentines Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat dan dilarang oleh Islam”

 

Justeru,Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Trg (PEMIKIR) menyeru agar golongan muda-mudi diluar sana tidak merayakan sambutan Hari Valentine/Hari Kekasih serta menghindari perkara yang menjerumus kearah meraikannya.Perkara-perkara tersebut termasuklah :

 

1)      Keluar berfoya-foya dengan kekasih pada hari tersebut.

2)      Menghantar kad-kad Valentines Day

3)      Menulis ucapan kata-kata cinta dalam Kad Valentines dengan menyatakan keinginan cinta pada kekasih kerana perbuatan ini seolah-olah mempercayai ‘keajaiban’ Hari Valentine.

 

 

Oleh hal yang demikian,PEMIKIR Trg menyeru agar generasi muda berfikir dengan rasional dalam meraikan sambutan Hari Valentine ini.Kami juga akan bekerjasama dengan NGO dan Pertubuhan mahasiswa yang lain seperti Pertubuhan IKRAM Trg dan KARISMA JIM (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) untuk mendidik dan menyeru generasi pelapis kepemimpinan Negara kelak untuk meninggalkan amalan yang tidak bermoral ini.

 

 

Jom Jadi Bijak !

Say No to Valentine’s Day


 

Muhammad Mus’ab Muzahar

Naib Presiden – Tarbiyyah Pembangunan Sumber Manusia

Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Terengganu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s