Warga Malaysia di Mesir


Assalamualaikum,

seluruh saf kepimpinan dan keluarga Pemikir mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada Di Mesir. Sebagaimana yang diketahui, kebangkitan rakyat Mesir yang telah melakukan rusuhan dan demonstrasi dalam usaha menjatuhkan rejim pro Israel Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Keadaan di mesir dalam keadaan huru-hara dan darurat.

Dalam hal ini, Pemikir sebagai satu badan alumni pimpinan pelajar Negeri Terengganu memohon kepada kerajaan Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar negara kita di sana terjamin. Setakat ini situasi , sebagaimana yang dimaklunkan Kedutaan Malaysia Di Mesir berada di tahap kuning atau berjaga-jaga. Pemikir berharap agar pelajar-pelajar Malaysia di Mesir segera dipindahkan atau dihantar pulang ke tanah air sekiranya keadaan meruncing. Pemikir sentiasa yakin dengan kewibawaan dan kecekapan kerajaan Malaysia dalam menangani isu-isu sebegini.

Kepada ahli keluarga, ibu-bapa kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir kini, kami mendoakan agar tuan-tuan sentiasa bersabar dan teguh dalam menghadapi situasi ini. Insya Allah.

Salam kasih dan sayang.
Mat Azizur Raziz

Penasihat Kehormat PEMIKIR

& SAF PIMPINAN PEMIKIR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s