Monthly Archives: February 2011

PEMIKIR terus aktif bersama KBM…

Pertubuhan IkramTeens dengan kerjasama beberapa ahli exco PEMIKIR termasuk penasihat PEMIKIR telah menjayakan satu lagi siri KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rasau pada 18 dan 19 Februari 2011. Program 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh ahl-ahli Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Seri Rasau, iaitu seramai 49 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Pelancaran program telah dibantu oleh barisan fasilitator, pengendali dan urusetia dalam kalangan exco PEMIKIR bersama-sama ahli pertubuhan IKRAM Malaysia.
Sepertimana program KBM yang terdahulu, objektif yang ingin ditapakkan kedalam jiwa individu peserta adalah kecintaan pada islam sehingga masing-masing merasai indahnya hubungan mereka dengan Allah, hubungan dengan baginda S.A.W, hubungan dengan ibu-bapa, serta hubungan dengan sahabat-sahabat. Para peserta berpeluang melihat serta merasai hakikat bahawa islam bukan sekadar agama yang layak dianuti semata-mata tetapi rahsia di sebaliknya mampu mengikat jiwa kita kepada tanggungjawab terhadap Pencipta kita. Continue reading

Antara Pengorbanan dan Perjuangan….

Salam sejahtera…

Patah tumbuh hilang berganti…bagai cendawan tumbuh selepas hujan…

Adakah kita faham apakah maksud kata-kata di atas…mengapa adanya pepatah tersebut…

secara normal bagi yang belajar bahasa Melayu secara formal di sekolah rendah dan menengah suatu ketika berusia 7 hingga 17 tahun…maksudnya ada pengganti bagi sesuatu perkara dan sesuatu yang muncul dengan satu jumlah dalam jangka masa tertentu…

Baik,

konteks yang akan diketengahkan adalah…apabila sesuatu yang lama hampir ‘expired’ ,semestinya ada penggantinya yang baharu akan wujud bagi meneruskan tahap kekalan… Continue reading

Doktor Pelatih lulusan institusi luar negara tidak berkualiti?

‘beberapa pegawai perubatan ditemubual, tetapi enggan nama disiarkan berkata, kebanyakan doktor pelatih terbabit (yang mempunyai masalah apabila menjalankan Housemanship (HO) di malaysia selepas tamat pengajian) lulusan institusi perubatan luar negara, terutama Russia”

BARU-BARU INI sebuah akhbar harian Di Tanah Air kita membawa isu tentang isu doktor pelatih bermasalah lulusan luar negara. Tuduhan tersebut menyatakan bahawa pelajar-pelajar perubatan dari luar negara apabila kembali ke Malaysia, tidak mempunyai kualiti dan lebih bahaya dituduh bahawa mereka boleh menyebabkan kematina yang banyak dan membahayakan banyak nyawa? Continue reading

Maulidur Rasul dan Pandangan Tokoh Cendekiawan Bukan Islam Terhadap Muhammad bin Abdullah SAW

Assalamualaikum

Salam sejahtera kepada semua.

Pertubuhan Alumni Pemimpin Kanan Pelajar Menengah Trg (PEMIKIR) mengucapkan selamat menghayati Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.PEMIKIR Trg sedang merasai bahang kehangatan dan kerinduan seluruh umat Islam terhadap Rasul junjungan kita,Muhammad bin Abdullah SAW.Semoga,kesungguhan kita mencintai Rasulullah SAW ini bukan hanya pada hari Maulidur Rasul sahaja,tetapi hendaklah berterusan sehingga nyawa kita berpisah dari badan. Sempena sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Muhammad bin Abdullah SAW ini,PEMIKIR Trg ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam yang bersungguh-sungguh menzahirkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW melalui syiar-syiar Islam seperti ceramah,forum, dan perarakan selawat.Walaubagaimanapun,syiar-syiar ini akan menjadi sia-sia jika kita hanya meraikannya sebagai adat dan hanya memenuhi tuntutan tradisi semata-mata. Continue reading

PEMIKIR Menyeru Generasi Muda Tinggalkan Tabiat Menyambut Hari Valentine

Assalamualaikum.

Salam sejahtera kepada anda semua.

Tarikh 14 Feb dikatakan sinonim dengan pasangan yang sedang bahagia bercinta.Jika pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga,PEMIKIR Trg  mengucapkan selamat berbahagia.Semoga rumahtangga kalian kekal harmoni sehingga ke anak cucu.Malah,PEMIKIR Trg akan terus mendoakan kebahagiaan kalian dan bukan pada tarikh 14 Feb ini sahaja.Tetapi malangnya,PEMIKIR Trg menyaksikan kebahagiaan yang terpamer pada tarikh 14Feb tersebut ialah kebahagiaan yang terlarang.Kebahagiaan yang melanggar prinsip Islam,prinsip moral dan norma kehidupan.Sambutan Hari Valentine’s lebih membawa keburukan daripada kebaikan.PEMIKIR Trg ingin mengajak seluruh masyarakat kembali mengingati kempen Valentines Day pada tahun lepas.Adakah kalian sudah lupa bahawa kempen ‘No Panties Day’ ataupun ‘Hari Tidak Berbaju Dalam’ sudah dilancarkan pada sambutan Hari Valentine pada tahun lepas? Satu bukti yang penting menunjukkan bahawa sambutan ini adalah sambutan yang sangat tidak bermoral! Continue reading

Warga Malaysia di Mesir

Assalamualaikum,

seluruh saf kepimpinan dan keluarga Pemikir mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada Di Mesir. Sebagaimana yang diketahui, kebangkitan rakyat Mesir yang telah melakukan rusuhan dan demonstrasi dalam usaha menjatuhkan rejim pro Israel Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Keadaan di mesir dalam keadaan huru-hara dan darurat. Continue reading