KBM khas untuk ahli PEMIKIR


Pada 21 Januari 2011, PEMIKIR telah menganjurkan Program Keindahan BersamaMu Aktivis dengan kerjasama IkramTeens. Program ini telah berlansung selama 2 hari 1 malam, bertempat di Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kerteh. Jumlah peserta yang terlibat adalah 34 orang, bersama 8 orang fasilitator.

Program KBM Aktivis ini merupakan suatu program yang diadakan khusus kepada para peserta sebagai latihan untuk menjadi pengendali program KBM yang akan diadakan sepanjang tahun. Program ini bertujuan memberi persediaan kepada para peserta untuk menjadi fasilitator pada program-program KBM akan datang.

Sepanjang 2 hari 1 malam Program KBM Aktivis ini berlansung, para peserta didedahkan kepada pengenalan modul-modul KBM secara menyeluruh. Jadual Pelancaran setiap modul adalah seperti berikut :-

* 21 Jan 2011 – Modul 1 (Knowing me Knowing you)
* 21 Jan 2011 – Modul 2 (Nikmat oh Nikmat)
* 21 Jan 2011 – Modul 3 (IN-TEAM)
* 21 Jan 2011 – Modul 4 (Meniti Angin Malam 1 & 2)
* 22 Jan 2011 – Modul 5 (Hatiku)
* 22 Jan 2011 – Modul 6 (Lafaz yang Tersimpan)

Setiap Slot atau Modul yang disampaikan adalah berprinsipkan objektif asal KBM iaitu :-

1. Mengindahkan hubungan dengan Allah
2. Mengindahkan hubungan dengan Rasulullah
3. Mengindahkan hubungan dengan Ibu Bapa
4. Mengindahkan hubungan dengan sahabat

Para peserta diberi penekanan terhadap cara mengendalikan program dengan berkesan melalui cara penyampaian setiap modul. Para peserta diingatkan supaya tidak menjadikan suasana penyampaian terlalu tegang apabila mengendalikan setiap slot. Ini bertujuan supaya para peserta mudah menerima pengisian yang ingin disampaikan. Setiap pengendali juga perlu menyesuaikan cara penyampaian dengan peringkat umur peserta setiap program KBM.

Pada pengakhiran setiap slot, para peserta diberikan peluang untuk membuat perkongsian pendapat mengenai modul yang disampaikan. Perkongsian ini bertujuan memberi galakan kepada peserta untuk menyuarakan pendapat masing-masing disamping meluahkan isi hati mereka. Adalah peranan fasilitator juga untuk memberi galakan kepada peserta untuk berkongsi pendapat mereka supaya dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.

Program KBM Aktivis ini berakhir pada 22 Januari 2011 jam 2 petang setelah semua peserta diingatkan untuk terus terlibat dengan pelancaran program KBM akan datang sebagai fasilitator atau pengendali. Para peserta juga diberikan motivasi mengenai pergerakan Ikram melalui program KBM ini supaya mereka faham akan keperluan wujudnya program tersebut. Program berakhir dengan acara penutup diikuti dengan sesi fotografi semua peserta bersama-sama para fasilitator.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s