Alhamdulillah..
Tanggal 22-23 Januari yang lepas,Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar ,Naib Presiden-Tarbiyyah Pembangunan Sumber Manusia PEMIKIR telah dijemput oleh team KBM IKRAM Miri Sarawak untuk mengendalikan program Keindahan BersamaMu (KBM) di SMKA Miri.Beliau yang juga merupakan pengendali KBM Terengganu diberi mandat untuk mengendalikan 272 pelajar Pra Universiti,tingkatan 5 dan tingkatan 3 SMKA Miri,Sarawak.Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak yang berumur 20 tahun ini diterbangkan khas ke Miri dan mendapat tajaan perjalanan sepenuhnya daripada team KBM IKRAM Miri.
Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar juga dibantu oleh Saudara Abang Muhd Shukri bin Abg Muiz,Yang Di Pertua JPP Institut Perguruan Kampus Sarawak Miri.
Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasih sayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.