Ucapan Penasihat Kehormat PEMIKIR sempena setahun penubuhan PEMIKIR


Mat Azizur Raziz - Penasihat Kehormat PEMIKIR

Assalamualaikum, alhamdullilah, segala pujian hanya buat Allah, tuhan sekalian alam.

Sahabat-sahabat sekalian, sedar atau tidak, pada 15 Januari 2011, kita akan menyambut “SETAHUN PENUBUHAN PEMIKIR”. 15 Januari tahun lepas bertempat di SMK. Ibrahim Fikri, tercipta satu sejarah. Pada tarikh tersebutlah, golongan pengasas PEMIKIR berhimpun dan mengadakan mesyuarat buat kali pertama dalam usaha menubuhkan PEMIKIR.

Langkah pertama itu diteruskan. Kita tidak lagi menoleh ke belakang, malah kita terus mara ke hadapan. Maka bangkitlah pejuang-pejuang PEMIKIR yang berusaha bersungguh-sungguh dalam satu jamaah dalam memastikan kesuburan PEMIKIR sebagai satu wadah perjuangan.

Sahabat-sahabat sekalian, dalam tempoh setahun ini, kita telah menempuhi pelbagai halangan dan dugaan, namun semua itu kita tempuh dan atasi bersama-sama. Berkat kepimpinan Shaheer dibantu oleh timbalannya Rahim, naib-naib Mus’ab, Nazirul dan Rahimi, tidak ketingalan Shaadah dan Puteri bersama seluruh ahli majlis Kerja PEMIKIRserta seluruh keluarga PEMIKIR, walaupun usia PEMIKIR baru sahaja setahun, namun PEMIKIR sudah mencapai sesuatu yang membanggakan. Alhamdullilah.

Bersempena dengan sambutan ” SETAHUN PENUBUHAN PEMIKIR”, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang telah banyak berkorban dalam memastikan kejayaan PEMIKIR . Jasa kalian amat bermakna dan sangat dihargai. Tanpa kalian , Pemikir tidak akan mampu untuk berdiri seperti hari ini. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak seperti IKRAM, TEAM KBM, KRJ, JIM, SMK. IBRAHIM FIKRI yang telah membantu dan memberi kepercayaan kepada Pemikir. Tidak lupa kepada Umi, Walid dan Ayahanda Fakhrul yang sentiasa membimbing kami supaya tidak tergelincir dari landasan.

Di kesempatan ini juga saya mewakili seluruh keluarga PEMIKIR memohon seribu kemaafan sekiranya selama ini mungkin kami ada melakukan kesilapan serta menguris hati kalian. Marilah kita saling bermaafan sesama kita serta meneguhkan ukhuwah kita. Sekiranya ada masalah, kita berlapang dada sahabat, lupakan segala persengketaan jika ada. Kita sama-sama utamakan PEMIKIR, kepentingan kita bukanlah apapun. Biar kita tidak mendapat apa asalkan PEMIKIR terus hidup dan menjadi sebuah ‘wadah’ dakwah yang unggul satu hari nanti. Insya Allah.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada Pemikir sempena “SETAHUN PENUBUHAN PEMIKIR”. Marilah aahabat-sahabat , kita teruskan perjuangan kita ini. Sudah tiada masa. Tahun lepas kita mengunakan tema “Langkah Bermula” dan alhamdullilah kita telah bermula dengan baik dan kini tema “GERAK FIKRI” menjadi sebutan kita. Maka marilah kita bergerak bersama-sama, dalam satu jamaah ini. Biarlah persahabatan kita terus mekar dan setiap kerja buat kita terus mendapat keberkatan, Amin.

Mat Azizur Raziz

Penasihat Kehormat PEMIKIR

Mantan Ketua Pelajar SMK Ibrahim Fikri,2009

2 responses to “Ucapan Penasihat Kehormat PEMIKIR sempena setahun penubuhan PEMIKIR

  1. kak Sakinah,UMT

    salam perjuangan buat adik-adik PEMIKIR…

    Allahuakbar…

    Moga Allah sentiasa bersama setiap titik peluh kita…

    alfaqirah ilallah,
    -ketenangan jiwa anugerah Allah-

    ~kenangan LUAR BIASA ketika Hope Gen-Y…^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s