Monthly Archives: January 2011

Ahli Majlis Tertinggi PEMIKIR diberi ‘mandat’

Saudara Mus'ab sedang mengendalikan salah satu slot dalam program KBM

Alhamdulillah..
Tanggal 22-23 Januari yang lepas,Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar ,Naib Presiden-Tarbiyyah Pembangunan Sumber Manusia PEMIKIR telah dijemput oleh team KBM IKRAM Miri Sarawak untuk mengendalikan program Keindahan BersamaMu (KBM) di SMKA Miri.Beliau yang juga merupakan pengendali KBM Terengganu diberi mandat untuk mengendalikan 272 pelajar Pra Universiti,tingkatan 5 dan tingkatan 3 SMKA Miri,Sarawak.Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak yang berumur 20 tahun ini diterbangkan khas ke Miri dan mendapat tajaan perjalanan sepenuhnya daripada team KBM IKRAM Miri.
Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar juga dibantu oleh Saudara Abang Muhd Shukri bin Abg Muiz,Yang Di Pertua JPP Institut Perguruan Kampus Sarawak Miri.

Keindahan Bersama Mu (KBM) merupakan program pembangunan insan yang berkonsepkan motivasi bersepadu dengan pendekatan kasih sayang. Satu pengembaraan spiritual dan emosional akan dialami oleh para peserta sehingga terasa indahnya kasih sayang Allah, indahnya kasih sayang Rasulullah, indahnya kasih sayang Ibubapa/keluarga dan indahnya kasih sayang rakan sehingga tercetusnya rasa cinta dan kesedaran yang hakiki dari lubuk hati kecil untuk berubah dan menyerlah jauh dari yang biasa.

Advertisements

KBM khas untuk ahli PEMIKIR

Pada 21 Januari 2011, PEMIKIR telah menganjurkan Program Keindahan BersamaMu Aktivis dengan kerjasama IkramTeens. Program ini telah berlansung selama 2 hari 1 malam, bertempat di Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kerteh. Jumlah peserta yang terlibat adalah 34 orang, bersama 8 orang fasilitator.

Program KBM Aktivis ini merupakan suatu program yang diadakan khusus kepada para peserta sebagai latihan untuk menjadi pengendali program KBM yang akan diadakan sepanjang tahun. Program ini bertujuan memberi persediaan kepada para peserta untuk menjadi fasilitator pada program-program KBM akan datang.

Sepanjang 2 hari 1 malam Program KBM Aktivis ini berlansung, para peserta didedahkan kepada pengenalan modul-modul KBM secara menyeluruh. Continue reading

Ucapan Penasihat Kehormat PEMIKIR sempena setahun penubuhan PEMIKIR

Mat Azizur Raziz - Penasihat Kehormat PEMIKIR

Assalamualaikum, alhamdullilah, segala pujian hanya buat Allah, tuhan sekalian alam.

Sahabat-sahabat sekalian, sedar atau tidak, pada 15 Januari 2011, kita akan menyambut “SETAHUN PENUBUHAN PEMIKIR”. 15 Januari tahun lepas bertempat di SMK. Ibrahim Fikri, tercipta satu sejarah. Pada tarikh tersebutlah, golongan pengasas PEMIKIR berhimpun dan mengadakan mesyuarat buat kali pertama dalam usaha menubuhkan PEMIKIR.

Langkah pertama itu diteruskan. Kita tidak lagi menoleh ke belakang, malah kita terus mara ke hadapan. Maka bangkitlah pejuang-pejuang PEMIKIR yang berusaha bersungguh-sungguh dalam satu jamaah dalam memastikan kesuburan PEMIKIR sebagai satu wadah perjuangan. Continue reading