Selamat berjuang Mus’ab!


PEMIKIR mengucapkan tahniah dan selamat berjuang kepada Muhammad Mus’ab Muzahar yang telah terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan Ke Gaza. Lebih membanggakan , pemilihan merupakan satu perhargaan kepada generasi belia dan golongan mahasiswa di Malaysia. Hal ini demikian kerana , Muhammad Mus’ab Muzahar merupakan satu-satunya mahasiswa yang terpilih menyertai konvoi tersebut daripada 12 orang aktivis.

Konvoi tersebut merupakan satu inisiatif Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan NGO yang sentiasa lantang dan istiqamah dalam perjuangan membela saudara-saudara kita di Palestin. Konvoi Aqsa To Gaza2 akan bermula pada 20 Ramadhan dan berakhir pada 28 Ramadhan. Semoga Allah membalas semua pihak yang terlibat dengan usaha ini dengan setinggi-tinggi ganjaran, Inysa Allah.

Pemikir merasa berbangga terpilihnya Naib Presiden Pemikir kita, Akhi Muhammad Mus’ab Muzahar menyertai rombongan tersebut. Perkara ini merupakan kejayaan yang luar biasa kepada sahabat kita khususnya dan seluruh persaudaraan Pemikir amnya. Semoga dengan semangat dan iltizam akhi Muhammad Mus’ab Muzahar akan membangkitkan semangat kita semua dalam usaha membela nasib saudara-saudara dan membebaskan tanah suci ummah, Palestin, Inysa Allah.

Umat Islam mempunyai tiga tempat suci iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjdil Aqsa. Allah telah berjanji bahawa Dia akan memelihara Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi manakala urusan Masjidil Aqsa dipertanggungjawabkan kepada kita, umat Islam. Persoalannya, tidak malulah kita apabila kita mengadap Sang Pencipta, maka ditanya, apa yang kita lakukan bagi membantu saudara-saudara kita yang menderita akibat kezaliman Zionis LAKNATULLAH.

Ayuh ikhwah dan akhwat Pemikir, sama-sama kita bangkitkan semangat untuk bebaskan bumi anbia, Palestin. Jadikan penyertaan sahabat kita, Akhi Muhammad Mus,ab Muzahar sebagai pencetus ledakan semangat kepada kita semua untuk bersama-sama dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin. Jadikan kata-kata saudara Mus sebagai azimat kita semua, “andai kata hilangnya saya seorang, akan bangkit lagi sejuta pemuda seperti saya”.

selamat berjuang!

“CITA KAMI HIDUP MULIA ATAU SYAHID MENDAPAT SYURGA”

ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI PALESTIN ,
ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI PALESTIN,
ALLAH PELIHARAKAN PARA MUJAHIDIN DI SEGENAP DUNIA, SEPANJANG ZAMAN

SALAM KASIH DAN SAYANG

MAT AZIZUR BIN RAZIZ
PENASIHAT KEHORMAT
PEMIKIR

MEWAKILI SELURUH PERSAUDARAAN PEMIKIR

Perutusan Presiden PEMIKIR sempena Nisfu Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Assalamualaikum w.b.t.,

Selamat menyambut Ramadhan buat semua sahabat ikhwah dan akhawat. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, Tuhan masih memberi kita peluang untuk beramal dengan lebih banyak pada bulan yang penuh barakah ini.

Sahabat-sahabat PEMIKIR  sekalian,

Dalam bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur dengan sepenuh hati kerana berkesempatan  menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1423H buat semua ahli PEMIKIR bermula dari Jawatankuasa Induk sehinggalah ke semua ahli yang ada. Continue reading

PERUTUSAN PENASIHAT KEHORMAT PEMIKIR SEMPENA BULAN RAMADHAN 1432

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulilah, segala puji bagi Allah SWT, dengan rahmat-Nya, kita semua masih dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan sebuah bulan yang penuh keberkatan dan fadhilat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Laidatul Qadar.

Ikhwah dan akhwat sekalian,

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183 , “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” Ibadah utama yang diwajibkan dalam bulan ini ialah ibadah puasa, rukun Islam yang ketiga. Continue reading

KBM SMK SG TONG

Tarikh :14 Julai Hingga 16 julai 2011.
Bertempat :SMK SUNGAI TONG,SETIU TERENGGANU
Peserta : 130 orang pelajar yang terpilih

Assalamualaikum wbkt..
Alhamdulillah,pada 14 julai lepas,PEMIKIR sekali lagi dijemput oleh pihak sekolah dibawah panitia Pendidikan Islam untuk mengendalikan sebuah program untuk sebilangan pelajar mereka..


Modul yang dilaksanakan adalah Keindahan Bersama Mu (KBM). Continue reading

KENYATAN RASMI MENGECAM UTUSAN MALAYSIA KERANA MENYIARKAN KARTUN BERUNSUR MENGHINA SYARIAT ISLAM

Assalamualaikum wbt.

Pemikir hari ini mengecam tindakan Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang diangap menghina syariat dan pelaksanaan hukum Allah. Lakaran kartun tersebut jelas memperlekehkan sistem keadilan Islam dan mempermainkan syariat agama.

Lakaran tersebut antara lain menunjukkan watak seorang wanita yang dirogol cuba membuktikan dengan mengunakan rakaman telefon bimbit, namun ditolak oleh penghulu kerana tidak membawa empat saksi. Walau bagaimanapun, apabila wanita tersebut mengemukakan bukti yang sama kepada pihak polis, bukti tersebut diterima.

Jelas sekali lakaran ini cukup tidak beretika dan menunjukkan ketidaksensitifan kepada umat Islam. Seharusnya kita menyakini bahawa Islam merupakan agama yang syumul merangkumi keadilan sosial dan hak-hak wanita. Continue reading

Oh Murabbi..

Assalamualaikum w.bt.

Setiap tahun pada tanggal 16 Mei , kita akan menyambut satu hari yang sangat bermakna kepada insan yang banyak berbakti iaitu “guru”. Mungkin ada yang tidak mengetahui rasional disebalik pemilihan tarikh tersebut sebagai sambutan Hari Guru di Malaysia. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Kita biasa mendengar ungkapan-ungkapan yang memuji dan melambangkan besarnya pergorbanan guru kepada kita semua. Sememangnya guru merupakan golongan manusia yang banyak berjasa dalam mendidik kita semua sehinggalah mencapai impian kita. Continue reading

Kem kepimpinan Pengawas SMK Pelong

Kem kepimpinan Pengawas SMK Pelong
Tarikh : 21 April hingga 23 April 2011
Bertempat : SMK Pelong,Setiu Terengganu
Peserta : Pengawas SMK Pelong

Assalamualaikum wbkth..

Alhamdulillah,pada 21 april hingga 23 April 2011,PEMIKIR sekali lagi berjaya menembusi sebuah sekolah di Setiu iaitu SMK Pelong yang merupakan sebuah sekolah berasrama Penuh disini.

Kem ini dijalankan setelah PEMIKIR secara rasmi telah mendapat jemputan oleh pihak sekolah bagi mengendalikan program ini.

Kem ini melibatkan kira kira 50 orang pengawas SMK Pelong dan dikendalikan oleh IKRAM yang dibantu oleh PEMIKIR . Continue reading

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK SUNGAI TONG

Tarikh : 7 April Hingga 9 April 2011
Bertempat di : SMK Sungai Tong ,Setiu Terengganu
Peserta : Pengawas SMK Sungai Tong
Fasilitator : Team PEMIKIR

Alhamdulillah,pada 7-9 April 2011,PEMIKIR telah dijemput untuk mengendalikan sebuah kem kepimpinan pengawas Di SMK Sungai Tong.

Kem ini melibatkan pengawas SMK Sungai Tong seramai kira kira 60 orang.
Beberapa slot telah dijalankan dan dikendalikan oleh Akhi Mat Azizur,Akhi Nazirul Ibrahim dan dibantu oleh 12 orang fasilitator dari PEMIKIR .

Modul yang dibawa menitikberatkan soal tanggungjawab kita sebagai seorang hamba kepada Allah, anak kepada ibu bapa, pelajar kepada guru dan peranan seorang pemimpin terhadap orang yang dipimpinnya. Continue reading

UCAPAN TAKZIAH KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN KERABAT DIRAJA TERENGGANU ATAS KEMANGKATAN ALMARHUMAH TENGKU AMPUAN BARIAH

Semalam ( 21 Mac 2011), rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Bariah ibni Al- Marhum Sultan Hisamuddin Alam Syah, Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah yang juga pernah dilantik sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 1979 telah pun selamat dimakamkan di Makam Diraja di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang,

Seluruh rakyat berkongsi kesedihan bersama pihak kerabat diatas kemangkatan armahurmah . Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali. Continue reading

Kem Bangkit Bangsa SMK Badrul Alam Shah

Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T,

Pada 20 hingga 22 Februari baru-baru ini, Team PEMIKIR bersama IkramTeens telah dijemput untuk mengendalikan sebuah kem kepemimpinan anjuran dan tajaan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) yang dinamakan Kem Bangkit Bangsa SMK Badrul Alam Shah. Program yang bertempat di Marang Village Resort, Kelulut, Terengganu ini melibatkan 76 peserta yang terdiri daripada anggota Badan Pengawas SMKBAS, mereka dipimpin oleh Saudara Khairudin (Ketua Pengawas Lelaki) dan Saudari Aisyah(Ketua Pengawas Perempuan). Continue reading