Pemuda Hari Ini

Mari kita renung sejenak dan bertanya-tanya. Apakah permasalahan yang dihadapi

oleh pemuda dan mahasiswa pada hari ini? Kita akan dapati bahawa

permasalahan-permasalahan yang akan menjadi tumpuan dan kerisauan para pemuda

masa kini berlegar soal pembelajaran, soal peluang pekerjaan, soal hubungan

cinta, soal kewangan dan mungkin juga soal kekeluargaan.

 

Pemuda hari ini telah tenggelam dengan segala permasalahan yang bersifat

peribadi dan individual. Telah luput dan pupus daripada kehidupan generasi muda

untuk memikirkan permasalahan-permasalahan besar dan penting seperti keadaan

negara  Islam yang ditekan kuasa besar dunia, kesempitan negara Islam yang

dibelenggu hutang dan kemiskinan, korupsi dan kelemahan sistem pengurusan negara

Islam, kemunduran ilmu dan tahap pendidikan di kalangan negara Islam, dan

kemerosotan nilai dan moral peribadi-peribadi muslim.

 

Generasi muda hari ini lebih memikirkan diri mereka daripada ummatnya.

Permasalahan individu dianggap soal serius mengatasi permasalahan ummat. Apa

yang diharapkannya adalah kebaikan dan kebahagiaan hidupnya sendiri dan sanggup

membiarkan ummatnya dihina sengsara.

 

Umpama si anak kecil yang bercita-cita dan menyangka dirinya adalah objek

yang paling penting di atas muka bumi. Segalanya dibatasi oleh dirinya dan

keinginan peribadinya, tidak lebih dari itu.

 

Imam Hasan Al Banna: Amal dan Kegembiraan baginya

 

“Saya berpendapat seorang yang baik akan mencari kebahagiaan dan panduan dengan

berkhidmat kepada manusia. Dia merasa seronok apabila dia berupaya menghilangkan

kesusahan orang dan membuat orang lain gembira. Dia sanggup berkorban untuk

pembaharuan masyarakat sebagai keuntungan hakiki bagi dirinya�

Saya yakin tindakan yang tidak bermanfaat kepada orang lain dan juga dirinya

ialah tindakan yang salah dan tidak berguna. Tindakan yang paling baik ialah

tindakan yang bermanfaat kepada diri sendiri, saudara mara, rakan taulan dan

juga negara. Tindakan yang memberi manfaat kepada umum ialah tindakan yang hebat

dan mulia.”

(Detik-detik dalam Hidupku)

 

Selekeh-lekeh amal adalah amal yang hanya memberi kebaikan kepada dirinya

sahaja, dan sebaik amal apabila kesannya dirasai bukan sahaja oleh dirinya tapi

juga manusia di sekilingnya. Lantas kegembiraan baginya adalah manusia lain

turut bergembira kerananya. Sebaliknya, kesedihan untuk dirinya apabila manusia

tenggelam dalam kejahilan dan menjauhi petunjuk Ilahi.

Barangkali inilah yang telah dirasai oleh para nabi apabila menyeru manusia

kepada petunjuk Tuhan, mereka gembira apabila manusia menerimanya dan bersedih,

risau apabila manusia menolak risalah.

 

أن عائشة زوجه النبي صلى الله عليه وسلم حدثته؛ أنها قالت لرسول الله صلى الله عليه

وسلم: يا رسول الله! هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أحد؟ فقال (لقد لقيت من قومك.

وكان أشد ما لقيت منهم يوم العقبة. إذ عرضت نفسي على ابن عبد يا ليل بن عبد كلال.

فلم يجبني إلى ما أردت. فانطلقت وأنا مهموم على وجهي. فلم أستفق إلا بقرن الثعالب.

 

Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. bercerita:

“Sesungguhnya beliau pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah!

Adakah kamu pernah mengalami suatu hari yang lebih berat daripada hari

peperangan Uhud? Rasulullah s.a.w menjawab: Ya! Waktu itu aku bertemu dengan

kaummu (Quraisy), tetapi yang paling berat lagi ialah ketika aku berada pada

hari Aqabah. Aku menyeru Ibnu Abdul Yalil bin Abdul Kulal untuk mengikuti aku

(Islam). Namun beliau enggan memenuhi ajakan tersebut. Aku seterusnya pergi

meninggalkan tempat itu tanpa tahu arah mana yang harus aku tuju

(kerisauan/gundah gulana). Aku tidak tahu ke mana langkahku, tetapi yang

jelasnya (sedar-sedar) aku telah sampai di daerah Qarnu Tha’alib�(hingga akhir

hadith)”

(Sahih Muslim)

 

Inilah perasaan yang sewajarnya ada pada diri setiap pemuda, kegembiraan baginya

adalah apabila risalah hidupnya dirasai oleh manusia sekelilingnya. Lantas dia

berjuang dan berjihad memastikan agar seluruh ummat manusia merasainya.

Kegembiraannya adalah kegembiraan ummatnya.

 

Mewarisi tugas para nabi dan rasul menyeru manusia menumpukan hidup semata-mata

untuk Allah (Ubudiyyah Lillah Wahdah) sepertimana yang dijelaskan oleh Sayyid

Abul A’la Al-Maududi di dalam Syahadatul Haq. Manusia perlu dipimpin oleh Islam

dan risalah Islam bukanlah sekadar simpanan peribadi di kocek-kocek para

penganutnya.

 

Mereka dan Kejayaan

 

Alangkah malangnya apabila generasi pemuda hari ini hanya menilai kejayaan

dengan material. Kejayaan bagi mereka adalah apabila beroleh segulung ijazah

ataupun apabila hidup mereka terjamin dengan kehebatan perniagaan. Segala tenaga

mereka dikerahkan bagi mendapat pendapatan yang baik, tempat tinggal yang mewah

dan membina keluarga yang besar. Berbahagialah mereka dengan dunia mereka yang

dibatasi keinginan peribadi semata-mata.

 

Generasi Muda di Zaman Rasulullah

Zaid bin Tsabit

Muaz dan Muawwiz

Usamah bin Zaid

Ali bin Abi Thalib

Arqam bin Abi Arqam

Saad bin Abi Waqas

Thalhah bin Ubaidillah

 

Pemuda dalam Al-Quran

Nabi Ibrahim (6:74),

 

 

Nabi Daud (2:251)

Ashabul Kahfi (18:13)

Nabi Musa (28:26),

Nabi Yusuf (12:55),

Thalut (2:247),

Nabi Muhammad (9:128)

Mengapa berlaku perbezaan antara dua generasi ini?

 

Sesiapa memiliki pemuda hari, maka ia akan memilik masa depan.

 

Umar r.a. pernah mengungkapkan:

“Barangsiapa ingin menggenggam nasib sesuatu bangsa, maka genggamlah para

pemudanya”

 

Hakikat inilah yang difahami oleh musuh-musuh Islam terutama gerakan Zionisme

yang sentiasa berusaha melemahkan ummat Islam dan mahu memadam sebarang bara

kebangkitan ummat Islam. Tidak lain tidak bukan, mereka telah berusaha merosak

golongan pemuda dengan meracuni pemikiran, merosakkan perasaan, membunuh

semangat dan memesongkan tenaga pemuda kepada perkara remeh yang memandulkan

peribadi pemuda. Mereka telah melancarkan Ghazwul Fikr kepada ummat Islam.

 

Setelah King Louis IX tewas dalam Perang Salib dan ditawan oleh tentera Islam,

dia membuat kesimpulan:

 

“Kita tidak akan dapat mengalahkan orang Islam selagimana mereka rapat dengan

kitab ini (Al-Quran).”

 

Gerakan Zionisme yang mahu menguasai dunia pula telah menggariskan protokol

mereka untuk memastikan generasi masa hadapan rosak dan terencat pemikiran

mereka.

 

Protokol Kesembilan

…Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan

teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

 

Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses

keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari

bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek

mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan

Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian

orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi

hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga,

pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

 

Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun.

Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi

manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran

mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa

orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

 

Rentetan daripada perancangan ini lahirlah satu generasi pemuda yang

berpemikiran sempit, punya keinginan dan minat kepada hiburan dan keseronokan

duniawi, tenaga dilaburkan kepada minat-minat mereka seperti untuk hiburan, dan

kefanitikan mereka sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk memperoleh tiket

ke konsert atau ke stadium. Mungkin yang paling baik di antara mereka pun hanya

memikirkan kejayaan kerjaya dan kekayaan harta benda, apa pun tidak lebih

daripada kegembiraan dan kebaikan hanya untuk diri mereka sendiri.

 

Apabila lemahnya golongan pemuda maka lemahlah satu generasi

 

اللَ�`هُ الَ�`ذِي خَلَقَكُم�’ مِن�’ ضَع�’فٍ ثُمَ�` جَعَلَ مِن�’ بَع�’دِ ضَع�’فٍ قُوَ�`ةً ثُمَ�` جَعَلَ مِن�’ بَع�’دِ قُوَ�`ةٍ ضَع�’فًا وَشَي�’بَةً يَخ�’لُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ ال�’عَلِيمُ  ال�’قَدِيرُ

 

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan

lemah itu ia menjadikan kamu kuat, setelah itu ia menjadikan kamu lemah pula

serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang

Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

(Ar-Rum : 54)

 

Usia pemuda adalah kemuncak kepada kekuatan manusia. Dengan lemahnya golongan

ini maka lemahlah satu kaum  itu.

Malang sekali apabila para pemuda masih ditanam dengan anggapan dan imej bahawa

mereka masih kanak-kanak lagi. Usia mereka dilaburkan untuk bermain-main,

berseronok dan bercinta. Apakah sebenarnya definisi pemuda?

 

Menurut pandangan perspektif ciptaan manusia, usia generasi pemuda adalah umur

antara 15 – 24 tahun sepertimana yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu. Sedangkan Islam telah meletakkan umur baligh sebagai umur di mana

seseorang untuk boleh diberi tanggung jawab dan Allah bahkan akan mempersoalkan

mereka ini pada hari kiamat atas apa jua perbuatan, perkataan, impian dan obsesi

mereka. Maka umur inilah manusia sewajarnya mula mempunyai pemikiran yang luas,

berpandangan jauh, perasaan bertanggung jawab dan bersungguh-sungguh dalam

kehidupan mereka.

 

Pemuda adalah Kunci Kebangkitan Ummat

 

“Pemuda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber matair kebangkitannya.  Sejarah

ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang

kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh

mana kemampuan `rahim’ umat itu melahirkan tokoh � tokoh yang memenuhi syarat

rijal yang sebenarnya�”

(Al-Maududi)

 

Faktor-faktor Kejayaaan ada pada Ciri-ciri Pemuda

 

إنما تنجح الفكرة إذا قوي الإيمان بها ، وتوفر الإخلاص في سبيلها ، وازدادت الحماسة

لها ، ووجد الاستعداد الذي يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها . وتكاد تكون هذه

الأركان الأربعة : الإيمان، والإخلاص ، والحماسة ، والعمل من خصائص الشباب

 

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat

pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar

ikhlasdalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangatyang berkobar untuk

mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaanyang mendorong

mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya.Keempat-empat rukun

tersebut; keyakinan (iman), kejujuran (ikhlas), semangat (hamasah) dan tindakan

(amal) adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.”

(Wahai Pemuda)

 

Dapat disimpulkan daripada ini bahawa pemuda mempunyai ciri-ciri berikut:

1.      القلبالذكي : Hati yang cerdik yang menghasilkan keimanan

2.      الفؤادالنقي : Nurani yang suci yang menghasilkan keikhlasan

3.      الشعورالقوي : Perasaan yang bergelora yang menghasilkan semangat

4.      العزمالفتى : Keazaman pemuda yang menghasilkan amal

 

Kita adalah faktor kejayaan kebangkitan ummat ini, sejauh mana kita mahu

berusaha mencapainya sejauh itulah ummat ini akan bergerak dan berubah. Jika

segala potensi yang ada pada diri kita disalurkan kepada perjuangan risalah maka

kejayaan adalah satu kepastian, dan jika sebaliknya, segala potensi itu akan

dibazirkan atau bahkan mungkin akan hanya menyumbang kepada kekuatan musuh dan

kelemahan ummat Islam.

 

Peranan Kita adalah Tanggung Jawab yang Besar

 

“Inilah maka kamu, angkatan pemuda yang akan menghadapi kewajipan yang bertambah

banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipat kali

ganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan

menjadi bertambah berat.”

(samb. Wahai Pemuda)

 

“Tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu adalah orang-orang yang

memikul beban ini setelah semua manusia membelakangkannya”

(Dakwah Kita adalah Penyelamat)

 

Kemanakah usia mudamu?

 

Daripada Abdullah ibn Masud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Kelak pada hari kiamat, kaki seseorang anak adam tidak akan berganjak dari sisi

Rabbnya, sehingga lima perkara ditanyakan kepadanya: tentang usianya untuk apa

dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari

mana dia dapat dan untuk apa dia belanjakan, dan tentang ilmu apa yang dia

perbuat dengannya.”

(At-Tirmizi)

 

Peringatan ini sangat bermakna kepada kita sebagai para pemuda juga mahasiswa.

Allah s.w.t. pasti akan mempersoal usia terutama ketika kita bergelar pemuda.

Apa yang persoal adalah sejauh mana kita telah melaksanakan risalah perjuangan

para nabi dan rasul terdahulu yang kita warisi sebagai ummat pertengahan.

 

Menyedihkan! Apabila golongan pemuda sibuk dengan impian mereka memperoleh

ijazah tetapi mengabaikan dan melupakan peringatan “…tentang hartanya dari

mana dia dapat dan untuk apa dia belanjakan, dan tentang ilmu apa yang dia

perbuat dengannya.”

 

Akhirnya mereka hanya memikirkan ijazah untuk dirinya dan jaminan hidup yang

senang di masa hadapan. Mereka menjadi bahan percaturan Zionis dan leka dengan

matlamat peribadi sahaja.

 

Yang kita mahukan adalah para pemuda yang bukan sahaja memperoleh ijazah tetapi

juga bersama sebuah risalah yang akan memandu hidupnya, risalah untuk

mengembalikan Islam pada kedudukannya.

 

Kita perlu mengembali pemuda kepada kehidupa generasi awal Islam, Generasi

Al-Quran yang Unik:

 

“Dakwah Islamiyah telah pun melahirkan satu generasi manusia, generasi sahabat

Rasulullah s.a.w., r.a, iaitu suatu generasi yang paling istimewa di dalam

sejarah Islam dan di dalam sejarah kemanusiaan seluruhnya. Generasi itu tidak

pernah muncul dan timbul lagi sesudah itu, walaupun terdapat juga beberapa

peribadi dan tokoh tertentu di sepanjang sejarah, tetapi tidaklah lahir lagi

segolongan besar manusia, di satu tempat yang tertentu pula, seperti yang telah

muncul dan timbul di dalam peringkat pertama dari penghidupan dakwah ini.”

(Petunjuk Sepanjang Jalan)

 

Kita perlukan pemuda sepeti Zaid bin Tsabit, Thalhah bin Ubaidillah, Ali bin Abi

Thalib dan Usamah bin Zaid.

 

Kita Memerlukan Rijal untuk Ummat ini

 

“Barangkali saudara bertanya apakah jalannya ke arah revolusi dan pembenterasan

ini? Sesungguhnya sesuatu revolusi tidak akan tercapai dengan angan-angan

kosong, sudah menjadi sunnah Allah bahawa ini hanya akan berlaku apabila telah

lahir Ar-Rijal untuk mengemudi urusan ini”

(Al-Maududi)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s